Posts

Showing posts from January, 2023

semakan journal (25/01/23)

Image
Pada hari ini, cikgu Noel menyemak journal setiap pelajar di kelas 3 Sheffield. Cikgu Noel agak kecewa dengan prestasi tingkatan 3. Hanya 10 daripada 19 murid menyiapkan journal. Kami diberikan peluang sekali lagi untuk menyiapkan journal. Tarikh akhir menghantar adalah 26/01/23. Ib learner profile: Reflective, thinkers

esei (18/01/23)

Image
Hari ini cikgu tidak masuk ke kelas, namun kami diberikan tugasan esei.  1. Sebagai ahli produksi seni persembahan, apakah etika-etika yang perlu dipatuhi dan jelaskan kepentingan setiap etika tersebut. 2. Seorang ahli produksi mengalami kecederaan semasa dalam proses latihan. Jabatan manakah yang bertanggungjawab atas situasi ini dan apakah tindakan-tindakan uang boleh diambil untuk mencegah kecederaan semasa latihan. 3. Jelaskan 5 kepentingan perancangan dan penilaian kepada sesuatu produksi kesenian. 4. Ada orang yang berpendapat bahasa seni ini adalah hiburan semata-mata dan tidak memberi manfaat kepada masyarakat mahupun negara. Huraikan pendapat anda. 5. Jelaskan peranan tugas anda dalam 3 fasa produksi ini iaitu pra-produksi, semasa dan pasca produksi.  Tajuk yang saya pilih adalah tajuk keempat. ib learner profile : knowledgeable, balance

update journal (15/1/2023)

Image
Pada hari ini, cikgu Noel menyemak journal setiap seorang dari kelas kami untuk memastikan siapa yang masih belum mengemas kini journal mereka. Cikgu Noel menegas bahawa semua journal mestilah disiapkan sebelum Khamis 24/1 sebelum peperiksaan UASA agar kami tidak terganggu. Di dalam kelas, kami berbincang akan tarikh-tarikh dan aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan didalam kelas.  Ib Learner Profile: balance, reflective

update perkembangan (8/1/2023)

Image
Pada hari ini, kami sekelas bergerak ke studio muzik. Kami memberi perkembangan jabatan kepada cikgu Noel. Setelah selesai, jabatan-jabatan pentadbiran diarahkan untuk pergi berjumpa dengan cikgu Elven. Kami memberitahu perkembangan kami kepada cikgu. Ib learner profile: communicators, knowledgeable

jumpa guru pembimbing (4/1/2023)

Image
Pada hari ini, kami diarahkan untuk berjumpa dengan guru pembimbing. Sebagai person in charge jabatan publisiti dan promosi, saya berjumpa dengan cikgu Dawos. Saya menunjukkan hasil design poster, banner dan banting yang telah disiapkan. Cikgu memberikan komen dan perkara-perkara yang perlu dibaiki semula. Ib learner profile: thinkers, knowledgeable

hias pentas majlis apresiasi (17/11/2022)

Image
Pada hari ini, tiada kelas yang dijalankan. Kami membantu cikgu mengemas dan menghias dewan bersempena majlis apresiasi. Ib learner profile: caring, principle

pengurusan update (14/11/2022)

Image
Setiap jabatan perlu memberikan perkembangan. Bagi publisiti dan promosi, saya memberitahu cikgu bilangan poster, banting dan banner yang akan ditempah. Cikgu memberikan pendapat terhadap perkembangan kami. Ib learner profile: thinkers, communicators

analisis teater: mamak the musical (3/11/2022)

Image
  Pada hari ini bersama dengan cikgu, kami sekelas menonton video Mamak The Musical di Youtube. Teater tersebut menceritakan tentang kehidupan harian dan perkara-perkara menarik yang terjadi di mamak. Teater tersebut amat menarik dan dilakonkan dengan sempurna. Kami berbincang tentang jenis pentas yang digunakan serta props-props yang dilakukan. Kelas berakhir namun teater tersebut tidak sempat dihabiskan kerana kesuntukkan masa.  Ib learner profile: reflective, open-minded2

analisis teater : tak nak (31/10/2022)

Image
 Pada hari ini kami berkumpul di studio tari untuk menyaksikan teater taknak. Kami diasingkan mengikut bahagian. Bagi bahagian pentadbiran, kami ditugaskan untuk menganalisis kelebihan dan kekurangan teater Tak Nak yang dipersembahkan oleh senior kami beberapa tahun dahulu. Sebagai contoh, kelebihan teater tersebut adalalah pelbagai jenis lighting manakala kekurangannya adalah blocking.  Ib learner profile: thinkers, caring

mini audition (26/10/2022)

Image
  Pada hari ini, mini audition telah dilakukan untuk mereka yang berminat untuk menari, berlakon dan bermain alat muzik serta untuk mereka yang tiada jawatan dalam bahagian pentadbiran teater. Memandangkan saya didalam jabatan pentadbiran, saya dan rakan-rakan perlu memberitahu perkembangan jabatan masing-masing. Saya menyenaraikan tugas-tugas publisiti dan promosi kepada cikgu.  Ib learner profile: communicators, thinkers

perbincangan perkembangan (9/10/2022)

Image
 Pada hari ini, kami perlu memberikan perkembangan kepada cikgu mengikut jabatan. Saya memberitahu cikgu tentang budget kewangan jabatan publisiti dan promosi. Rakan-rakan di jabatan yang lain juga menerangkan tentang perkembangan jabatan mereka.  Ib learner profile: knowledgeable, communicators

pembentangan #3 (6/10/2022)

Image
 Pembentangan hari ini diteruskan dengan kumpulan 6 iaitu Aida, Ameera dan Nadia untuk babak 11 dan 12. Pembentangan mereka amat teliti dan mudah difahami. Selepas itu, kumpulan Izzati, Ainur dan Nuhaa (kumpulan 7) mula membentangkan babak 13 dan babak 14. Kemudian, babak 3 dan 4 dibentangkan oleh kumpulan 2 yang terdiri daripada Adam, Amir dan Afif. 

pembentangan #2 (3/10/2022)

Image
 Pembentangan diteruskan lagi pada hari ini dengan kumpulan 3 untuk babak 5 dan babak 6. Kumpulan 3 terdiri daripada Rasheda, Syafiah dan Darine. Pembentangan seterusnya dilakukan oleh kumpulan 1 untuk babak 1 dan 2. Kumpulan ini terdiri daripada Azfar, Izz dan Hariz.  Ib learner profile: comnication, risk-taker

pembentangan #1 (27/9/2022)

Image
  Pada hari ini pembentangan bagi analisis skrip dimulakan dengan kumpulan 1. Terdapat masalah teknikal yang telah berlaku menyebabkan kumpulan 1 tidak dapat membuat pembentangan. Pembentangan diteruskan dengan kumpulan 4 iaitu babak 7 dan babak 8. Kesalahan pada bahan pembentangan mereka menjadi contoh kepada kumpulan-kumpulan lain untuk diperbetulksn.  Seterusnya, pembentangan babak 9 dan babak 10 dilakukan oleh Aleeya dan Famizatul (kumpulan 5). Kumpulan mereka membuat pembentangan dengan sangat jelas serta bahan mereka amat mudah difahami.  Ib learner profile: inquires, reflective

analisis & kajian skrip (19/9/2022)

Image
 Pada hari ini, kami telah ditugaskan untuk membahagikan kumpulan dan membuat analisis dan kajian skrip teater muzikal Gurindam Jiwa Panji Mahkota yang akan dilakukan oleh produksi tingkatan 3. Ahi kumpulan saya ialah Sarah dan Nurain. Kami membahagikan kerja dan membuat bahan pembentangan babak 19 dan 20 bersama. Antara perkara yang perlu ada didalam bahan pembentangan adalah: 1. pecahan babak dan adegan 2. struktur cerita 3. transisi 4. mood cerita 5. latar masa 6. latar tempat 7. visual lighting 8. muzik 9. kesan bunyi 10. set, props, busana dan tatarias 11. blocking 12. watak dan perwatakan Ib learner profile: communicators, thinkers

semakan journal (07/08/22)

Image
  Pada hari ini, cikgu Noel menyemak journal setiap seorang dari kelas kami untuk memastikan siapa yang masih belum mengemas kini journal mereka. Cikgu Noel menegas bahawa semua journal mestilah disiapkan sebelum Khamis 11/8. Cikgu juga memaparkan journal-journal di LCD. Ib: principle

pembentangan (ii) (28/07/22)

Image
  Pada hari ini, kami meneruskan lagi perbincangan dan membuat slide pembentangan. Kami berbincang tentang cara untuk membentang tajuk kami iaitu tatabunyi. Setelah sebulat suara mencapai kata sepakat, maka tugasan persediaan pembentangan telah selesai. Setelah itu kami berbual-bual kosong dan bertanyakan pendapat masing-masing tentang teater.  Ib: principle, balance

pembentangan (i) (26/07/22)

Image
  Di awal kelas, kami diminta oleh cikgu Elven untuk membahagikan kumpulan untuk melakukan pembentangan. Ahli kumpulan saya terdiri daripada Syafiah, Ainur, Aqil, dan Aiman.  Kami merupakan kumpulan yang keempat. Tajuk yang kami perolehi ialah 3.2 Tatabunyi. Setelah berbincang, kami terus menyiapkan slide pembentangan agar tiada kerja tertangguh.  Ib: communicators, thinkers

blocking dalam lakonan (17/07/22)

Image
 Pada hari ini, kelas diadakan di dewan! Kami mengulangkaji semula pembelajaran yang telah dipelajari tahun lepas iaitu jenis-jenis pentas.  Terdapat pelbagai jenis pentas. Antaranya ialah Prosenium, Thurst, dan Arena. Kawasan pentas-pentas ini meliputi bahagian hadapan, kiri, kanan dan keliling pentas. Ib: knowledgeable

praktikal lakonan improvisasi (30/06/22)

Image
  Hari ini, kami melakukan praktikal bagi lakonan improvisasi. Kami diminta untuk berlakon berdasarkan hasil cabutan daripada sebuah "blind box" yang dikeluarkan Cikgu Noel.  Izzati, telah mencabut sebuah bouquet bunga. Dia telah mengimprovisasikan bouquet bunga tersebut menjadi satay. Saya telah mencabut penyangkut baju. Ameera pula telah mencabut marker whiteboard. Ameera telah berlakon sebagai Ustaz Jawwad manakala saya menjadi anak muridnya.  Pembelajaran ini amatlah menyeronokkan. Ib: risk-takers, open minded

lakonan watak (28/06/22)

Image
Pada hari ini, kami mempelajari tentang lakonan watak. Kami belajar langkah-langkah asas dalam pembinaan watak dan memahami serta berlakon secara praktikal.  Kemahiran asas pembinaan watak: - mengenal pasti watak - menganalisis watak - peniruan watak  - penjelmaan watak Ib: knowledgeable

watak dan perwatakan (19/06/22)

Image
Pada hari ini, kami mempelajari tentang improvisasi bersama cikgu Elven.  4 jenis improvisasi: - rangka cerita - objek - bunyi - set & props Kami kemudian menonton video untuk memahami improvisasi dengan lebih mendalam. Ib: reflective, thinkers

praktikal (17/06/22)

Image
Pada hari ini, kami mempraktikan apa yang kami pelajari minggu lepas di kelas bersama cikgu Noel. Kami melakonkan babak-babak di dalam buku teks teater tingkatan 3. Pelajar perempuan telah menghabiskan babak-babak yang perlu dilakukan. Manakala pelajar lelaki hanya Aqil, Zafiy, Afif dan Amir sahaja yang sempat berlakon. Lakonan pelajar lelaki akan dilakukan pada minggu depan bersama cikgu Noel. Ib: risk-taker, thinkers

improvisasi (14/06/22)

Image
Pada hari ini, kami sekelas pergi ke bilik teater. Kami mempelajari tentang interaksi dalam lakonan. Untuk menghasilkan lakonan berkesan, pelakon perlulah menguasai teknik-teknik kawalan pendekatan lakonan berkesan. Antaranya, emosi, imaginasi, penghayatan, lontanan suara serta aksi fizikal.  1. Kawalan emosi dan mental Emosi dan mental berkait rapat digunakan agar lakonan lebih berkesan. Sebagai contoh, situasi perperangan dan kematian.  2. Imaginasi Imaginasi merupakan sesuatu dalam fikiran menggunakan fizikal. 3. Penghayatan Kemahiran memahami & menghayati emosi watak 4. Aksi fizikal  Pergerakan tubuh badan 5. Lontaran suara Keperluan lakonan yang memerlukan kemahiran vokal seorang perlakon. Di akhir kelas, cikgu Elven memberi tugasan lakonan ringkas yang mengaplikasikan pendekatan lakonan berkesan. Lakonan tersebut perlu dilakonkan pada minggu hadapan. Ib: reflective, knowledgeable

shortfilm (11/05/22)

Image
11.05.22 Kami sekelas bercadang untuk melakukan shortfilm berkaitan dengan dadah di sekolah. Di sebabkan kelas kami telah berbincang tentang jawatankuasa dan lain-lain, cikgu Noel meminta kami untuk berlatih shortfilm tersebut. Saya sebagai artistic director memantau lakonan mereka. Sejujurnya, menjadi artistic director sangatlah memenatkan dan mengambil masa. Walaupun begitu, saya berasa gembira untuk memikul tanggungjawab dan melaksanakan tugas dengan sebaik-baiknya. ib learner profile: principle  

monolgue (25/04/22)

Image
  25.04.22 Pada hari ini, kami melakonkan monolog. Kami diminta untuk membentuk kumpulan seramai 5 orang. Ahli kumpulan saya ialah Aleeya, Famizatul, Azfar dan Izz. Kami dikehendaki untuk melakonkan monolog yang diberi di group Telegram. Sayang sekali, kumpulan kami tidak berpeluang untuk berlakon. Namun, pengalaman menggalas tanggungjawab mengikut organisasi seni persembahan sangat berharga. Antara kumpulan yang berpeluang untuk berlakon ialah kumpulan Darine dan Wali.    ib learner profile: risk-taker, reflective

AJK PRODUKSI SENI PERSEMBAHAN pt5 (24/04/22)

Image
  24.04.22 Pada hari ini, kami mempelajari tentang tanggungjawab dan peranan AJK produksi yang belum dibentangkan minggu lepas. Kami mempelajari tentang penari, konduktor & komposer, pemuzik dan penyanyi.  ib learner profile: thinkers

AJK PRODUKSI SENI PERSEMBAHAN pt4 (19/04/22)

Image
  19.04.22 Pada hari ini, kami mempelajari tentang pengarah artistik, pengurus pentadbiran dan kewangan, pengurus perakaunan, pengurus jualan, pengarah teknikal dan jurulektrik. Akhir sekali, kami pelajari tentang jurulatih tari. Jurulatih tari melatih dan mengajar penari tentang pola lantai dengan terperinci.  ib learner profile: inquires 

AJK PRODUKSI SENI PERSEMBAHAN pt3 (16/04/22)

Image
  16.04.22 Pada hari ini, kami menyambung semula pembentangan yang telah tertangguh. Antara AJK yang dibentangkan pada hari sabtu ini ialah pengurus kebajikan dan logistik, pengurus kontrak dan permit, jurutera bunyi, pengurus set & props, penyelaras multimedia, pengurus kostum, pengurus tatarias, sinografer, pereka kostum & pereka tatarias. Rakan-rakan yang membentang, menjelaskan dengan teliti. Mereka juga menyoal kami untuk memastikan kami faham akan topik yang dibincangkan.  ib learner profile: communication, risk taker

AJK PRODUKSI SENI PERSEMBAHAN pt2 (11/04/22)

Image
  11.04.02 Pada hari ini, kami mendengar pembentangan berkaitan tentang pengurus produksi, pengarah pemasaran, pengurus publisiti & promosi, pengurus penajaan, pengurus pameran & dokumentasi, pengurus jemputan dan protokol, pegawai perhubungan awam, pengurus panggung, pengurus fasiliti, pengurus keselamatan & kesihatan. Kami mempelajari tentang tanggungjawab dan tugas yang perlu digalas oleh para AJK produksi tersebut.  ib learner profile: knowledgeable

AJK PRODUKSI SENI PERSEMBAHAN pt1 (06/04/22)

Image
06.04.22  Pada 6 April 2022, kami kelas 3 Sheffield belajar tentang organisasi produksi seni persembahan. Pada awal kelas, cikgu Elven dan cikgu Noel membuka sebuah video untuk ditontoni kami sekelas. Video tersebut menunjukkan di sebalik tabir teater, kostum, pemasangan pentas dan lain-lain.  Kemudian, cikgu Elven mula mengajar berpandukan objektif-objektif pelajaran hari ini. Organisasi terbahagi kepada tiga kelompok iaitu produksi, seni persembahan dan organisasi. Produksi mempunyai tiga proses. Praproduksi, produksi dan pascaprosduksi.  Pada akhir kelas, cikgu Elven dan cikgu Noel memberikan tugasan kepada kami. Kami dikehendaki untuk membuat pembentangan tentang struktur organisasi persembahan. Kami sekelas menggunakan sistem undian untuk menentukan jawatan-jawatan yang perlu dibentang.  ib learner profile: knowledgeable, reflective

online meeting (27/03/22)

Image
  27.03.22 Pada 27 Mac 2022, saya dan rakan-rakan yang lain menyertai Microsoft Teams meeting yang disediakan oleh cikgu Noel dan cikgu Elven. Cikgu-cikgu menerangkan kepada kami tentang MYP IB Assesment theater musical yang akan kami lakukan pada tahun ini. Cikgu menerangkan secara terperinci tentang assesment tersebut. Kemudian, cikgu Noel dan cikgu Elven menunjukkan cara-cara menghantar journal secara online menggunakan website Blogspot. Saya agak kurang faham bagaimana menggunakan website tersebut, jadi saya meminta bantuan rakan sekelas saya untuk menyiapkan tugasan-tugasan yang telah diberikan. ib: thinkers, communicators

introduction 💌

Image
Helloo! My name is Norain and I'm from 3 Sheffield. I love books (especially Syafiq Aizat's books) and Jaehyun. But anyway, I enjoy learning performing art. Last year's performance was a good experience. Not only we learned about cultural, we also learned about leaderships and hardwork.   I look foward for this year learning !! <3