AJK PRODUKSI SENI PERSEMBAHAN pt1 (06/04/22)



06.04.22

 Pada 6 April 2022, kami kelas 3 Sheffield belajar tentang organisasi produksi seni persembahan. Pada awal kelas, cikgu Elven dan cikgu Noel membuka sebuah video untuk ditontoni kami sekelas. Video tersebut menunjukkan di sebalik tabir teater, kostum, pemasangan pentas dan lain-lain. 

Kemudian, cikgu Elven mula mengajar berpandukan objektif-objektif pelajaran hari ini. Organisasi terbahagi kepada tiga kelompok iaitu produksi, seni persembahan dan organisasi. Produksi mempunyai tiga proses. Praproduksi, produksi dan pascaprosduksi. 

Pada akhir kelas, cikgu Elven dan cikgu Noel memberikan tugasan kepada kami. Kami dikehendaki untuk membuat pembentangan tentang struktur organisasi persembahan. Kami sekelas menggunakan sistem undian untuk menentukan jawatan-jawatan yang perlu dibentang. 

ib learner profile: knowledgeable, reflective

Comments