Posts

semakan journal (25/01/23)

Image
Pada hari ini, cikgu Noel menyemak journal setiap pelajar di kelas 3 Sheffield. Cikgu Noel agak kecewa dengan prestasi tingkatan 3. Hanya 10 daripada 19 murid menyiapkan journal. Kami diberikan peluang sekali lagi untuk menyiapkan journal. Tarikh akhir menghantar adalah 26/01/23. Ib learner profile: Reflective, thinkers

esei (18/01/23)

Image
Hari ini cikgu tidak masuk ke kelas, namun kami diberikan tugasan esei.  1. Sebagai ahli produksi seni persembahan, apakah etika-etika yang perlu dipatuhi dan jelaskan kepentingan setiap etika tersebut. 2. Seorang ahli produksi mengalami kecederaan semasa dalam proses latihan. Jabatan manakah yang bertanggungjawab atas situasi ini dan apakah tindakan-tindakan uang boleh diambil untuk mencegah kecederaan semasa latihan. 3. Jelaskan 5 kepentingan perancangan dan penilaian kepada sesuatu produksi kesenian. 4. Ada orang yang berpendapat bahasa seni ini adalah hiburan semata-mata dan tidak memberi manfaat kepada masyarakat mahupun negara. Huraikan pendapat anda. 5. Jelaskan peranan tugas anda dalam 3 fasa produksi ini iaitu pra-produksi, semasa dan pasca produksi.  Tajuk yang saya pilih adalah tajuk keempat. ib learner profile : knowledgeable, balance

update journal (15/1/2023)

Image
Pada hari ini, cikgu Noel menyemak journal setiap seorang dari kelas kami untuk memastikan siapa yang masih belum mengemas kini journal mereka. Cikgu Noel menegas bahawa semua journal mestilah disiapkan sebelum Khamis 24/1 sebelum peperiksaan UASA agar kami tidak terganggu. Di dalam kelas, kami berbincang akan tarikh-tarikh dan aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan didalam kelas.  Ib Learner Profile: balance, reflective

update perkembangan (8/1/2023)

Image
Pada hari ini, kami sekelas bergerak ke studio muzik. Kami memberi perkembangan jabatan kepada cikgu Noel. Setelah selesai, jabatan-jabatan pentadbiran diarahkan untuk pergi berjumpa dengan cikgu Elven. Kami memberitahu perkembangan kami kepada cikgu. Ib learner profile: communicators, knowledgeable

jumpa guru pembimbing (4/1/2023)

Image
Pada hari ini, kami diarahkan untuk berjumpa dengan guru pembimbing. Sebagai person in charge jabatan publisiti dan promosi, saya berjumpa dengan cikgu Dawos. Saya menunjukkan hasil design poster, banner dan banting yang telah disiapkan. Cikgu memberikan komen dan perkara-perkara yang perlu dibaiki semula. Ib learner profile: thinkers, knowledgeable

hias pentas majlis apresiasi (17/11/2022)

Image
Pada hari ini, tiada kelas yang dijalankan. Kami membantu cikgu mengemas dan menghias dewan bersempena majlis apresiasi. Ib learner profile: caring, principle

pengurusan update (14/11/2022)

Image
Setiap jabatan perlu memberikan perkembangan. Bagi publisiti dan promosi, saya memberitahu cikgu bilangan poster, banting dan banner yang akan ditempah. Cikgu memberikan pendapat terhadap perkembangan kami. Ib learner profile: thinkers, communicators